Keganasan rumahtangga adalah sesuatu yang agak kompleks kerana keganasan rumahtangga mungkin dapat dilihat melalui kecederaan atau keparahan serta tekanan mungkin kemurungan mangsa sama ada isteri/suami/kanak-kanak/orang kurang upaya atau ahli keluarga yang lain. Namun bagi yang mengalami keganasan rumahtangga yang didera emosi dan mental mungkin agak sukar untuk dilihat atau difahami oleh orang lain. Keganasan rumahtangga adalah dengan sengaja cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal, menyebabkan kecederaan fizikal, mengancam atau paksaan terhadap mangsa dan melakukan khianat terhadap harta benda yang memungkinkan mangsa berada dalam kesedihan.Apa yang biasa kita dengar dan ketahui melalui media, biasanya keganasan rumahtangga dilakukan oleh suami kepada isteri atau kanak-kanak. Namun tidak kurang juga ianya dilakukan oleh isteri kepada suami, walaubagaimanapun biasanya lelaki kurang melaporkan mungkin kerana malu dan sebagainya.
STATISTIK KEGANASAN RUMAH TANGGA
Pada tahun lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kes keganasan rumah tangga menunjukkan statistik menakutkan dalam tempoh 12 tahun yang lalu.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun memberitahu, dalam tempoh berkenaan iaitu dari 2000 hingga 2012, sebanyak 42,499 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku di seluruh negara.Beliau menjelaskan, kesemua kes berkenaan telah dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Dan berikut adalah jumlah kes keganasan rumahtangga mengikut tahun :
2000 – 3,498 kes, 8.17%
2001—3,107 kes, 7.32%
2002 – 2,755 kes, 6.49%
2003 –2,555 kes, 6.02%
2004 – 3,101 kes, 7.31%
2005 – 3,093 kes, 7.29%
2006 – 3,244 kes, 7.69%
2007 – 3,756 kes, 8.85%
2008 – 3,729 kes, 8.80%
2009 – 3,643 kes, 8.58%
2010 – 3,133 kes, 7.47%
2011 – 3,275 kes, 7.72%
2012- 3,488 kes, 8.22%.
PUNCA BERLAKUNYA KEGANASAN RUMAH TANGGA
Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Konsep ini dijelmakan menerusi semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. Sikap suami yang terlalu mendesak isteri supaya mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini mudah berlaku. Jelaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, polemik ini turut menular kerana meningkatnya tekanan di pejabat yang menyebabkan ada golongan lelaki yang tidak berupaya untuk menahan impak psikologi bebanan ini. Masalah kerja yang dialami itu terus dibawa pulang ke rumah yang menyaksikan ramai yang menjadikan isteri mereka sebagai tempat meluahkan perasaan marah mereka itu. Tindakan mendera yang mungkin pada peringkat awal dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya tekanan yang dialami di pejabat. Mungkinkah kaum lelaki harus lebih peka dengan bijak mengawal tekanan pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka?
Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan masyarakat yang menganggap masalah rumah tangga sebagai satu masalah peribadi seseorang. Persepsi ini menyebabkan masyarakat terus menyepi diri walaupun mengetahui wujudnya masalah ini dalam kalangan jiran mereka. Keengganan masyarakat untuk melibatkan diri secara serius dalam isu ini turut menyukarkan mangsa untuk mendapatkan nasihat dan panduan menyelesaikan masalah ini. Justeru, masalah ini terus wujud dalam diri seseorang itu seperti api dalam serkam yang secara senyap-senyap memusnahan kehidupan seseorang insan itu.
PERANAN NGO DALAM KES KEGANASAN RUMAH TANGGA
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan bahawa usaha mengemas kini sedang dibuat bagi memastikan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga yang sedia ada turut dapat memberikan hak perlindungan kepada kaum lelaki.Undang-undang sedia ada telah dilihat sebagai medium yang lebih bersifat melindungi kaum wanita berbanding lelaki dan perangkaan semula perlu dibuat pada memperbaiki situasi ini.Keadaan ini mengingatkan pihak kementerian tersebut bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga sedia ada sudah pun menawarkan hak perlindungan kepada kaum lelaki sebagaimana yang ditawarkan kepada kaum wanita, dan mana-mana pihak yang telah didapati pernah menjadi mangsa turut boleh dilindungi oleh pihak berkuasa melalui akta ini.Pada hakikatnya, akta ini bersifat gender neutral dan bukan sekadar melindungi pasangan yang masih bersama, tetapi juga pasangan yang telah berpisah, anak-anak mereka, mana-mana individu dewasa yang tidak berkemampuan, dan juga sesiapa sahaja ahli keluarga yang berkaitan.Tuduhan yang mengatakan akta ini hanya dibuat untuk melindungi kaum wanita hanyalah suatu mitos yang perlu dihapuskan sama sekali.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kaum lelaki turut terdedah kepada keganasan rumah tangga.Bagaimanapun, realitinya, rekod masih lagi menunjukkan yang kebanyakan dari mangsa keganasan rumah tangga masih lagi terdiri daripada kaum wanita.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis, kebanyakan kes keganasan rumah tangga yang berlaku sepanjang tahun 2011 sehingga tahun 2012, sebanyak 75 peratus daripada mangsa adalah wanita. Selain itu, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengurangkan kadar kes keganasan rumah tangga terbabit.Pihak kementerian bekerjasama rapat dengan beberapa agensi bagi melaksanakan program pencegahan dan pemulihan antaranya pindaan dalam Akta Keganasan Rumahtangga 1994 dan Kesalahan Keganasan Seksual dibawah Seksyen 375.Pada masa sama, Kanun Keseksaan 2006 juga telah dipinda dengan memasukkan peruntukan terbaru Seksyen 375 A iaitu Kesalahan Keganasan Seksual yang berlaku di antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah. Tambahan itu, Pusat Kesedaran Wanita (WCC)(Dahulunya Pusat Krisis Wanita) sedia membantu dengan memberikan tempat perlindungan yang selamat kepada mangsa, menyediakan khidmat kaunseling dan nasihat guaman, serta membantu mangsa mendapatkan IPO(Interim Protection Order) iaitu bagi melindungi mangsa dari keganasan seterusnya.
http://www.jpw.gov.my/web/home/article_view//145
PENUTUP
Kes keganasan rumah tangga perlu diambil serius sebelum ia menjadi lebih teruk. Kegagalan dalam meningkatkan penguatkuasaan akta sedia ada boleh menyebabkan kesan buruk, termasuk kematian, seperti mana yang telah berlaku baru-baru ini, terus berlaku.Lebih dahsyat lagi, jumlah kes yang direkodkan mungkin hanyalah sekadar satu bayangan kepada satu angka sebenar yang lebih mengerikan, yang mana turut melibatkan kes-kes yang gagal dilaporkan.Tindakan segera sememangnya perlu diambil, dan penguatkuasaan akta seharusnya dijadikan fokus dan prioriti kerajaan yang sebenar. Keganasan rumah tangga merupakan satu isu serius, dan nasib dan nyawa ramai pihak sama sekali tidak boleh diperjudikan.
RUJUKAN
http://www.wccpenang.org/files/docs/dva-bm.pdfhttp://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130815/fo_01/Keganasan-rumah-tangga-seriushttp://www.jpw.gov.my/web/home/article_view//145